Friday, May 29, 2009

Kedai Mamak

Assalamualaikum,

Berjumpa lagi

Telah lama saya memerhati akan kewujudan kedai Makanan India Muslim (Kedai Mamak) yang semakin hari semakin popular serta menjadi tumpuan ramai. Di Lembah Kelang tedapat ratusan restoran ini yang majoritinya milikan warga asing. Ada diantaranya beroperasi 24 jam , 23 jam atau 18 jam bergantung kepada lokasi masing-masing. Saya pernah bertanya kepada salah seorang pekerja di salah sebuah restoran yang saya masuki samada beliau muslim atau tidak sebab saya sangsi dengan gayanya dan ternyata beliau bukan muslim. Mungkin ramai lagi pekerja mereka bukan muslim. Saya ingin membawa beberapa perkara yang ada kaitan dengan isu ini untuk renungan bersama:

a. Bukan semua pekerja mereka adalah muslim. Bagaimana jika tukang masak mereka juga adalah bukan muslim?
b. Kewujudan kedai ini sebenarnya tidak membantu meningkatkan ekonomi negara kerana hasilnya tidak dibelanjakan di negara ini (pekerja dan tuan punya menghantar hasil perniagaan ke negara asal mereka)
c. Menjadi tempat lepak muda-mudi sebelum mereka membuat aktiviti lain (merempit dan sebagainya). Kesan lebih buruk adalah kepada pelajar-pelajar IPT dimana mereka bersembang sehingga larut malam atau awal pagi sehingga tanggungjawab mereka terabai.
d.Memberi kesan negatif dan saingan kepada pengusaha-pengusaha restoran tempatan khususnya melayu.

Saya sebenarnya telah lama tidak mengunjungi kedai mamak ini dan sedaya upaya mencari gerai atau restoran melayu dahulu. Saya juga cuba mempengaruhi kawan-kawan agar mengikut langkah yang sama.

Kepada pihak berkuasa tempatan atau mana-mana pihak berwajib, kelulusan membenarkan mereka beroperasi 24 jam perlu dikaji semula. Saya melihat banyak buruk dari baiknya.

Sama-samalah kita meyokong pengusaha melayu/muslim tempatan. Semoga usaha sekeci ini ada kesan dan manfaatnya. InsyaAllah. Aminnn.......

Sekian dan jumpa lagi

No comments:

Post a Comment