Assalamu'alaikum dan salam sejahtera
Berjumpa lagi
1. Selsema babi telah mendapat nama baru... Influenza A H1N1. Menteri yang berkenaan membuat sidang akhbar bagi 'merasmikan' nama baru tersebut. This is to standardize the name that being used by WHO. Stesyen radio tempatan milik kerajaan berulangkali menyiarkan kenyataan tersebut. Stesyen radio swasta tempatan juga ada menyiarkannya. Whatever it is BABI won again. Di Hong Kong sebuah hotel dikaurantin disebabkan terdapat warga negara Mexico yang menginap disitu. Bukan itu sahaja pemandu teksi yang membawa pesakit Infuenza A H1N1 juga dicari, takut-takut virus tersebut boleh tersebar luas. Di Malaysia lesen mengimport babi dibekukan. Tak sangka rupanya dengan begitu banyak ladang babi di negara ini tetapi masih memerlukan babi import untuk permintaan tempatan. Memang hebat babi ni...
2. Ayam akhirnya dijadikan sebagai barang kawalan. Penternak tidak mahu mengurangkan harga ayam walaupun kos pengeluaran telah kurang. Kerajaan perlu meletakkan harga syiling pada harga yang patut. Kalau RM7.00/kilogram (ayam bersih) ini agak tinggi. Nanti dikhuatiri harga ayam akan berkisar disekitar RM6.90/kilogram. Barangkali juga kita tidak menyedari bahawa jika harga naik ianya adalah dalam gandaan 50 sen dan turun tidak pula ikut gandaan tersebut. Saya syorkan kalau ada kenaikan biarlah dalam gandaan 10 sen atau 20 sen sahaja dan penurunan pun ikut gandaan yang sama.
3. Ada syor dari NGO supaya tindakan tegas diambil keatas mat rempit dan juga kaki lumba kereta di jalanraya. Mereka mencadangkan agar motosikal dna kereta tersebut dirampas dan kerja sosial 100 jam. Bagi pesalah juvana pula dimasukkan ke sekolah Henry Gurney. Saya amat menyokong saranan tersebut dan kalau boleh hukuman lebih tegas diambil termasuk tindakan keatas tuan punya kenderaan. Isu mat rempit tidak boleh selesai dengan hanya mengeluarkan saman kerana memandu dalam keadaan merbahaya sahaja. Aktiviti tidak bermoral ini perlu tindakan yang lebih keras kerana ianya semakin menjadi-jadi serta membahayakan pengguna jalanraya yang lain. Semua publisiti dan cerita serta filem2 yang berkaitan mat rempit perlu dihentikan kerana ianya menambahkan lagi minat muda-mudi kepada aktiviti ini. Apa yang lebih sesuai dibuat ialah tindakan tegas yang senyap-senyap oleh pihak berkuasa.
sekian, jumpa lagi dilain posting
Sunday, May 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment