Friday, May 29, 2009

Kedai Mamak

Assalamualaikum,

Berjumpa lagi

Telah lama saya memerhati akan kewujudan kedai Makanan India Muslim (Kedai Mamak) yang semakin hari semakin popular serta menjadi tumpuan ramai. Di Lembah Kelang tedapat ratusan restoran ini yang majoritinya milikan warga asing. Ada diantaranya beroperasi 24 jam , 23 jam atau 18 jam bergantung kepada lokasi masing-masing. Saya pernah bertanya kepada salah seorang pekerja di salah sebuah restoran yang saya masuki samada beliau muslim atau tidak sebab saya sangsi dengan gayanya dan ternyata beliau bukan muslim. Mungkin ramai lagi pekerja mereka bukan muslim. Saya ingin membawa beberapa perkara yang ada kaitan dengan isu ini untuk renungan bersama:

a. Bukan semua pekerja mereka adalah muslim. Bagaimana jika tukang masak mereka juga adalah bukan muslim?
b. Kewujudan kedai ini sebenarnya tidak membantu meningkatkan ekonomi negara kerana hasilnya tidak dibelanjakan di negara ini (pekerja dan tuan punya menghantar hasil perniagaan ke negara asal mereka)
c. Menjadi tempat lepak muda-mudi sebelum mereka membuat aktiviti lain (merempit dan sebagainya). Kesan lebih buruk adalah kepada pelajar-pelajar IPT dimana mereka bersembang sehingga larut malam atau awal pagi sehingga tanggungjawab mereka terabai.
d.Memberi kesan negatif dan saingan kepada pengusaha-pengusaha restoran tempatan khususnya melayu.

Saya sebenarnya telah lama tidak mengunjungi kedai mamak ini dan sedaya upaya mencari gerai atau restoran melayu dahulu. Saya juga cuba mempengaruhi kawan-kawan agar mengikut langkah yang sama.

Kepada pihak berkuasa tempatan atau mana-mana pihak berwajib, kelulusan membenarkan mereka beroperasi 24 jam perlu dikaji semula. Saya melihat banyak buruk dari baiknya.

Sama-samalah kita meyokong pengusaha melayu/muslim tempatan. Semoga usaha sekeci ini ada kesan dan manfaatnya. InsyaAllah. Aminnn.......

Sekian dan jumpa lagi

Sunday, May 17, 2009

Ayam dan Mat Rempit Lagi....

Assamualikum Dan Salam Sejahtera

Bertemu kembali...


1. Telah berlaku apa yang saya nyatakan pada posting terdahulu... harga ayam di Pasar Tani mencapai harga RM6.80 sekilogram. Oh ya masih dibawah paras harga siling RM7.00/kilogram.
Kerajaan berhasrat untuk mengimport ayam dari negara Thai ( ha.ha..haa semacam je bunyinyeer) bagi mengimbangi kenaikan harga ayam tempatan. Mudah-mudahan usaha ini mencapai matlamatnya. Moga-moga harga siling ayam dapat dikurangkan kepada harga yang berpatutan.


2. Isu Mat Rempit mendapat perhatian pelbagai pihak samada dari kerajaan ataupun NGO. Pelbagai cadangan dan pendapat diutarakan bagi mengatasi masalah ini. Namun yang pasti usaha-usaha yang pernah dilakukan dahulu memang tidak berkesan malah seolah-olah menggalakkan lagi aktiviti tersebut. Saya tetap berpegang kepada penguatkuasaan undang-undang secara menyeluruh oleh semua agensi terlibat (Polis, JPJ dan pihak berkuasa tempatan) mampu mengurangkan gejala yang makin membimbangkan ini. Sekiranya undang-undang yang ada belum cukup kuat untuk membasmi masalah ini, buatlah pindaaan secepat mungkin kerana saya pasti tidak ada pihak yang menghalang kepada pindaan ini.


sekian, berjumpa lagi di lain posting.

Sunday, May 3, 2009

Babi, Ayam dan Mat Rempit

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

Berjumpa lagi

1. Selsema babi telah mendapat nama baru... Influenza A H1N1. Menteri yang berkenaan membuat sidang akhbar bagi 'merasmikan' nama baru tersebut. This is to standardize the name that being used by WHO. Stesyen radio tempatan milik kerajaan berulangkali menyiarkan kenyataan tersebut. Stesyen radio swasta tempatan juga ada menyiarkannya. Whatever it is BABI won again. Di Hong Kong sebuah hotel dikaurantin disebabkan terdapat warga negara Mexico yang menginap disitu. Bukan itu sahaja pemandu teksi yang membawa pesakit Infuenza A H1N1 juga dicari, takut-takut virus tersebut boleh tersebar luas. Di Malaysia lesen mengimport babi dibekukan. Tak sangka rupanya dengan begitu banyak ladang babi di negara ini tetapi masih memerlukan babi import untuk permintaan tempatan. Memang hebat babi ni...

2. Ayam akhirnya dijadikan sebagai barang kawalan. Penternak tidak mahu mengurangkan harga ayam walaupun kos pengeluaran telah kurang. Kerajaan perlu meletakkan harga syiling pada harga yang patut. Kalau RM7.00/kilogram (ayam bersih) ini agak tinggi. Nanti dikhuatiri harga ayam akan berkisar disekitar RM6.90/kilogram. Barangkali juga kita tidak menyedari bahawa jika harga naik ianya adalah dalam gandaan 50 sen dan turun tidak pula ikut gandaan tersebut. Saya syorkan kalau ada kenaikan biarlah dalam gandaan 10 sen atau 20 sen sahaja dan penurunan pun ikut gandaan yang sama.

3. Ada syor dari NGO supaya tindakan tegas diambil keatas mat rempit dan juga kaki lumba kereta di jalanraya. Mereka mencadangkan agar motosikal dna kereta tersebut dirampas dan kerja sosial 100 jam. Bagi pesalah juvana pula dimasukkan ke sekolah Henry Gurney. Saya amat menyokong saranan tersebut dan kalau boleh hukuman lebih tegas diambil termasuk tindakan keatas tuan punya kenderaan. Isu mat rempit tidak boleh selesai dengan hanya mengeluarkan saman kerana memandu dalam keadaan merbahaya sahaja. Aktiviti tidak bermoral ini perlu tindakan yang lebih keras kerana ianya semakin menjadi-jadi serta membahayakan pengguna jalanraya yang lain. Semua publisiti dan cerita serta filem2 yang berkaitan mat rempit perlu dihentikan kerana ianya menambahkan lagi minat muda-mudi kepada aktiviti ini. Apa yang lebih sesuai dibuat ialah tindakan tegas yang senyap-senyap oleh pihak berkuasa.


sekian, jumpa lagi dilain posting