Assalamu'alaikum,
Dalam posting saya terdahulu ada menyebut tentang penggunaan istilah selsema babi yang diarahkan kerajaan supaya disebut sebagai Influenza A H1N1. Namun sehari dua ini saya mendapati istilah itu digunakan dengan meluaskan di televisyen milik kerajaan. Saya mendapati pembaca berita kelihatan agak selesa dengan sebutan BABI ini jika dibandingkan dengan istilah terdahulu. Sebutan BABI yang dilontarkan memang mantap dan amat jelas kedengaran. Suka saya mendengarnya dan tersenyum-senyum sendirian.
Memang ada logiknya istilah selsema babi ini digunakan kerana WHO sendiripun telah mengesahkan bahawa virus ini berpunca dari babi. Jadi apa salahnya ianya digunakan?
Cuma yang menghairankan saya ialah dahulunya arahan penggunaan istilah Influenza A H1N1 ini dibuat oleh Menteri Kesihatan dan disiarkan berulang-ulang. Namun begitu penggunaan semula istilah selsema babi ini tidak pula di war-warkan. Lebih menghairankan lagi penggunaan istilah selsema babi ini dipersetujui oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Tiada sebarang komen pun dari Menteri Kesihatan. Mungkin beliau malu nak sebut
BABI.....
Sekian dan jumpa lagi dilain posting.
Thursday, June 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment