Berjumpa lagi
Saya berkesempatan menonton perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia pada petang ahad 2.30pm melalui saluran TV1. Perlawanan tumpuan adalah diantara jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei yang berdepan dengan juara remaja dari negara China, Cheng Long. Perlawanan ini memang ditunggu-tunggu kerana Datuk Lee Chong Wei dikatakan berkira-kira untuk menebus kekalahan di dalam satu perlawanan di India baru-baru ini.
Ditengah-tengah keghairahan menonton perlawanan yang menarik itu, pihak RM telah 'potong stim' dengan menghentikan siaran langsung tersebut dan memberi laluan kepada siaran Berita Wilayah. Saya bertukar kepada saluran TV berbayar dan terus menonton sehingga perlawanan tamat. Kepada yang tiada saluran tv berbayar tentulah mereka rasa cukup kecewa dengan tindakan ini. Apapun kesudahanya Datuk Lee Chong Wei menang bergaya.
Apa yang saya ingin ketengahkan disini adalah sensitiviti RTM terhadap penonton dan cara menyelesaikan situasi ini. Saya berpendapat menghentikan siaran langsung tersebut menunjukkan yang RTM tidak begitu kreatif dan sensitif terhadap penayangan siaran. Saya melihat tiada rugi dan salahnya untuk menangguhkan siaran Berita Wilayah tersebut dan menyiarkannya sebaik sahaja perlawanan tamat.
Tindakan RTM ini boleh menjauhkan RTM dengan orang ramai yang pada ketika ini pun RTM bertungkus lumus cuba menaikkan rating penonton dan pendengar. Bagaimana kerajaan dapat menyampaikan aspirasi jika kadar penonton adalah amat rendah?. Bukan sekali keadaan ini berlaku malahan seingat saya telah berlaku banyak kali RTM 'potong stim' penontonnya.
Menteri dan KP Penerangan yang baru.... tengok-tengoklah apa patut. Jangan sampai RTM tiada lagi dihati rakyat....
Berubah dan kreatiflah..................
Berjumpa lagi dilain posting
Sunday, June 28, 2009
Thursday, June 25, 2009
Selsema Babi Kembali Daa.....
Assalamu'alaikum,
Dalam posting saya terdahulu ada menyebut tentang penggunaan istilah selsema babi yang diarahkan kerajaan supaya disebut sebagai Influenza A H1N1. Namun sehari dua ini saya mendapati istilah itu digunakan dengan meluaskan di televisyen milik kerajaan. Saya mendapati pembaca berita kelihatan agak selesa dengan sebutan BABI ini jika dibandingkan dengan istilah terdahulu. Sebutan BABI yang dilontarkan memang mantap dan amat jelas kedengaran. Suka saya mendengarnya dan tersenyum-senyum sendirian.
Memang ada logiknya istilah selsema babi ini digunakan kerana WHO sendiripun telah mengesahkan bahawa virus ini berpunca dari babi. Jadi apa salahnya ianya digunakan?
Cuma yang menghairankan saya ialah dahulunya arahan penggunaan istilah Influenza A H1N1 ini dibuat oleh Menteri Kesihatan dan disiarkan berulang-ulang. Namun begitu penggunaan semula istilah selsema babi ini tidak pula di war-warkan. Lebih menghairankan lagi penggunaan istilah selsema babi ini dipersetujui oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Tiada sebarang komen pun dari Menteri Kesihatan. Mungkin beliau malu nak sebut
BABI.....
Sekian dan jumpa lagi dilain posting.

Thursday, June 18, 2009
Roda kereta Firaun di Laut Merah?
Assamualaikum dan selamat sejahtera
Berjumpa lagi
Agak kesibukan pada waktu ini namun bagi tidak menghampakan pengikut blog ini, saya petik artikel dari suratkhabar on-line Detikdaily untuk tatapan semua. Semoga ada manfaatnya. Aminnn......
MASIH ramai yang ingat kisah mukjizat Nabi Musa a.s membelah Laut Merah dengan tongkatnya ketika dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya. Kini penyelidikan telah membongkar rahsia ajaib tersebut.
Seorang arkeologi Ron Wyatt, akhir tahun 1988, menyatakan dia telah menemui beberapa bangkai roda kereta tempur kuno di dasar Laut Merah.
Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Firaun yang tenggelam di laut itu sewaktu digunakan untuk mengejar Nabi Musa bersama para pengikutnya.
Selain menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para krunya juga menemukan beberapa tulang manusia dan tulang kuda di tempat yang sama.
Penemuan ini tentunya semakin memperkuat dakwaan bahawa sisa-sisa tulang belulang itu merupakan bahagian dari kerangka para bala tentera Firaun yang tenggelam di Laut Merah.
Di samping itu, hasil ujian di Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang belulang yang berhasil ditemukan, mengesahkan adanya struktur dan kandungan beberapa tulang berusia sekitar 3,500 tahun silam, di mana sejarah, kejadian pengejaran dalam kurun waktu yang sama.
Adalah suatu hal yang menarik, yang juga berhasil ditemukan iaitu roda salah satu kereta kuda yang kini keseluruhannya telah tertutup oleh batu karang. Sehingga waktu ini bentuk aslinya sangat sukar untuk dilihat secara jelas dan nyata.
Mungkin Allah SWT sengaja melindungi benda ini untuk menunjukkan kepada kita semua bahawa mukjizat yang diturunkan kepada para nabi-Nya merupakan suatu hal yang nyata dan bukan cerita dongeng. Di antara beberapa bangkai kereta tadi, ditemukan pula sebuah roda dengan empat jeriji yang terbuat dari emas. Sepertinya, inilah sisa dari roda kereta yang ditunggangi oleh Firaun. Pada bahagian peta yang dilingkari (lingkaran merah), menurut para ahli, kira-kira di situlah lokasi di mana Nabi Musa bersama para kaumnya menyeberangi Laut Merah. Lokasi penyeberangan diperkirakan berada di Teluk Aqaba di Nuweiba.
Kedalaman maksimum perairan di sekitar lokasi penyeberangan adalah 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900m di sisi ke arah Arab.
Sementara itu, di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan (garis merah) kedalamannya mencapai 1,500 meter. Kemiringan laut dari Nuweiba ke arah Teluk Aqaba sekitar 1/14 darjah, dari Teluk Nuweiba ke arah daratan Arab sekitar 1/10 atau 6 darjah.
Diperkirakan jarak antara Nuweiba ke Arab sekitar 1,800 meter. Lebar lintasan Laut Merah yang terbelah diperkirakan 900 meter.
Dapatkah kita membayangkan, berapa gaya (tenaga) yang diperlukan untuk membelah air laut hingga memiliki lebar lintasan 900 meter dengan jarak 1,800 meter untuk membolehkan ratusan ribu pengikut Nabi Musa melaluinya. Menurut tulisan lain dikatakan jaraknya mencapai tujuh kilometer, dengan jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600,000 orang dan waktu yang ditempuh untuk menyeberangi sekitar empat jam. Kajian sebuah perhitungan, dianggarkan diperlukan tekanan sebesar 2.800.000 Newton/m2 atau setara dengan tekanan yang kita terima jika menyelam di laut hingga kedalaman 280 meter.
Jika kita kaitkan dengan kecepatan angin, menurut beberapa perhitungan, sekurangnya diperlukan hembusan angin dengan kecepatan malar 30 meter/detik (180 km/jam) sepanjang malam untuk dapat membelah dan mempertahankan belahan air laut tersebut dalam jangka waktu empat jam.
Sungguh aneh dan ajaib ciptaan Allah SWT. Allah Maha Besar lagi Maha Berkuasa. Firman Allah bermaksud: Setelah mereka menyebabkan kemurkaan Kami, Kami menyeksa mereka, iaitu Kami menenggelamkan mereka semuanya di laut hingga binasa. Maka Kami jadikan mereka contoh dan pengajaran bagi orang-orang yang datang kemudian. (az-Zukhruf: 55-56).
Menurut pendapat lain, kata yang diterjemahkan sebagai Laut Merah (Red Sea) sebenarnya adalah Laut Alang-Alang (Sea of Reeds). Kata ini dikenal sebagai Laut Merah, namun Laut Alang-Alang sebenarnya digunakan untuk merujuk kepada pantai Laut Tengah di Mesir.
Dalam Perjanjian Lama, ketika menyebutkan jalur yang diambil oleh Nabi Musa dan para pengikutnya, ia terletak di utara Delta Nil di pantai Mesir.
Sebagai implikasinya Laut Alang-Alang mendukung kemungkinan bahawa kejadian tersebut terjadi di pantai Mesir, kerana di daerah ini sesuai dengan namanya, banyak tumbuh alang-alang berkat tanah lumpur delta. Pendapat majoriti terkini mengenalpasti Laut Merah dalam Eksodus sebagai sebuah laguna di pantai Laut Tengah yang terletak di sebelah utara delta di sekitar Semenanjung Sinai.
Al-Quran menggambarkan saat-saat terakhir kehidupan Firaun sebagai berikut: Dan Kami memungkinkan Bani Israel melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Firaun dan bala tenteranya, kerana hendak menganiaya dan menindas mereka, hingga bila Firaun itu telah hampir tenggelam berkatalah ia: "Aku percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israel, dan aku termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah). (Yunus: 90).
Namun apa yang diucapkan oleh Firaun telah terlambat, pintu taubat telah tertutup. Pengakuannya menjadi sia-sia sahaja, walaupun ia mengakui menyerah diri kepada Allah SWT.
Pengikut-pengikut Firaun, sebagaimana Firaun sendiri, juga menerima bahagian hukuman mereka. Ini kerana bala tentera Firaun adalah orang yang angkara murka dan penuh kebencian.
Seperti halnya Firaun, mereka pun wajar menerima hukuman dari Allah. Maka Allah pun melemparkan Firaun dan bala tenteranya ke dalam dasar laut.
Firman Allah bermaksud: Dengan sebab itu, Kami mengepungnya bersama-sama tenteranya serta Kami humbankan mereka ke dalam laut, maka perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang zalim. (al-Qasas: 40)
sekian, berjumpa lagi dilain posting.

Monday, June 15, 2009
Di mana duit kita????
Assamu'alaikum,
Berjumpa lagi,
Kali ini saya ingin berkongsi maklumat yang saya dapat melalui satu laman bog yang popular. Saya postkan disini untuk dikongsi bersama. Selamat membaca dan semoga ada manfaatnya. Aminnn......
Kita diberitahu bahawa dunia sedang menghadapi masalah kecairan – ertinya tidak ada duit dalam pasaran. Lalu kita bertanya ke mana agaknya segala duit yang terkumpul dalam dunia ini pergi. China, Jepun, Korea, Singapura, Taiwan dan termasuk Malaysia sendiri menyimpan duit-duit ini dalam bentuk kertas dolar Amerika.
Wang yang tersimpan ini – menjadi wang simpanan negara – hasil kita berjual-beli dengan Amerika. China dan Jepun negara yang paling banyak menyimpan kertas dolar. Kertas dolar telah dipaksakan ke atas dunia ini oleh kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemaksaan ini melalui dua cara. Pertama, Amerika telah membuat perjanjian 1972-74 dengan keluarga Saud bahawa semua jual-beli minyak wajib menggunakan kertas dolar kerana bahan bakar petroleum diperlukan oleh semua negara dengan Saudi pengeluar utamanya. Sebagai gantinya, kuasa imperial Amerika berjanji akan menjaga keselamatan keluarga Saud daripada dipukul oleh ombak rakyat. Kedua, dengan kekuatan bala tentera. Amerika mendirikan 702 pengkalan tentera di 130 buah negara dalam dunia ini.
Tidak ada negara penjual minyak yang berani menjual minyak tanpa menggunakan kertas dolar. Saddam Hussein cuba mengalihkan kertas dolar sebagai mata wang jual-beli minyak. Jawapannya Saddam digantung mati. Iran sedang berusaha untuk beralih daripada kertas dolar, justeru segala bentuk sekatan sedang dilakukan ke atas Iran. Dari mana kertas dolar ini datang? Kertas dolar hanyalah kertas yang telah dipaksakan nilainya ke atas warga dunia. Ia dipanggil fiat money - nilai yang dipaksa. Tanpa paksaan ini dolar hanyalah kertas yang tidak memiliki apa-apa nilai. Justeru, kertas dolar adalah satu penipuan yang terunggul dalam sistem ekonomi kapitalis.
Pada awalnya Amerika Syarikat sebuah negara revolusioner yang berdiri untuk menjaga kepentingan warga. Amerika mengeluarkan duit kertasnya sendiri. Amerika yang merdeka telah membebaskan diri daripada para pemilik bank yang telah lama bersarang di City of London. Tuan-tuan empunya bank merasa mereka kehilangan bumi permata apabila Amerika menjadi bebas dan merdeka. Lalu para pemilik bank menelurkan satu konspirasi untuk memaksa pentadbiran Amerika terus terikat dengan kepentingan mereka.
Pada tahun 1913, setelah beberapa kali percubaan gagal, akhirnya para pemilik bank telah berjaya memaksa (atau menipu) Kongres untuk menerima dan meluluskan Akta Federal Reserve 1913. Ramai warga dalam dunia tersilap menyangka bahawa Federal Reserve ini adalah bank milik negara Amerika. Tidak betul. Federal Reserve ini bukan bank milik negara Amerika seperti Bank Negara kita di pinggir Jalan Kuching. Federal Reserve adalah bank swasta yang tuan pemiliknya dirahsiakan. Siapa ahli-ahli lembaga pengarah Federal Reserve ini juga dirahsiakan. Kongres hanya boleh menerima atau menolak dua nama yang akan dicadangkan oleh Federal Reserve. Justeru dunia hanya mengenali nama Alan Greenspan, pengerusi Federal Reserve yang lalu dan Ben Bernanke, pengerusinya yang terkini. Siapa yang lain di belakang tabir Federal Reserve ini tidak akan diketahui umum. Mengikut akta 1913 ini, pentabiran Amerika tidak lagi dibenarkan mengeluarkan mata wang sendiri.
Mata wang untuk kegunaan negara Amerika hanya akan dikeluarkan oleh Federal Reserve. Jika kerajaan Amerika memerlukan dolar, maka kerajaan wajib meminjam daripada Federal Reserve – sama ada dengan menjual bond atau meminjam dengan bunga yang ditetapkan. Lihat bagaimana liciknya konspirasi para pemilik bank ini. Seperti tulisan minggu lalu, para pemilik bank ini mencetak kertas yang dipanggil dolar tanpa apa-apa asas. Kertas dolar ini akan dipinjam oleh kerajaan Amerika daripada Federal Reserve dan akan dibayar kembali dengan bunga. Duit membayar hutang dan riba ini datang daripada tenaga dan titik peluh rakyat Amerika. Melalui kertas kosong, para pemilik bank ini telah mencipta harta Qarun. Inilah punca yang sedang membawa huru-hara ke atas dunia hari ini. Mungkin ada yang berhujah – perkembangan ini di Amerika, apa sangkut pautnya dengan harga ikan di Pasar Chow Kit?
Hari ini perniagan tukaran mata wang dalam dunia ini semuanya diwajibkan menggunakan dolar. Semua simpanan bank-bank negara dalam dunia ini akan bersandarkan dengan kertas dolar. Ia telah dipaksakan oleh sistem kapitalis yang dikepalai oleh pemodal Anglo-Amerika. Para pemilik bank dan kaum pemodal ini telah mendirikan lembaga-lembaga kewangan dunia. Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjadi dua lembaga hitam yang memastikan kertas hijau ini digunakan di seluruh dunia. Setiap negara akan dinilai kekuatan ekonominya bersandarkan dolar.
Perniagaan antarabangsa semuanya menggunakan kertas dolar. Barang yang kita ekspot dan barangan yang kita impot semuanya dinilai dengah kertas hijau ini. Justeru, kita sendiri di Malaysia akan melihat rebah bangun ekonomi negara kita melalui perbandingan ringgit dengan kertas dolar. Jika pembaca memahami apa yang saya tulis ini, maka amat jelas kelihatan bahawa umat manusia dalam dunia ini telah diperbodohkan dan ditipu oleh Federal Reserve, Bank Dunia dan IMF. Lalu kita menyoal diri kita sendiri: kenapa tidak dapat dilakukan sesuatu untuk membebaskan diri daripada sistem kapitalis global ini? Pertama, banyak rakyat Amerika sendiri kurang sedar silap mata dan tipu helah yang dijalankan oleh Federal Reserve ke atas negara mereka. Rakyat dunia juga tidak sedar akan hal yang sama. Kedua, tidak ada sesiapa yang akan dapat memasuki Rumah Putih yang akan berani membocorkan rahsia ini. Lihat apa terjadi kepada Abraham Lincoln yang menentang para pemilik bank dan Central Bank (nama asal Federal Reserve).
Presiden Lincoln yang berperang hampir jatuh muflis telah mencetak Lincoln Greenback Dollar tanpa meminjam daripada Central Bank. Lihat juga apa yang terjadi kepada John F Kennedy kerana cuba membocorkan konspirasi kaum pemodal ini. Ketiga, tidak ada sesiapa yang akan dapat menjadi ahli Kongres atau masuk ke Dewan Senat Amerika dengan agenda menentang Federal Reserve, menentang para pemilik bank dan kaum pemodal ini. Semenjak 1913, pemilik banker ini telah membuat jaringan, kabel dan kumpulan rahsia untuk memastikan kepentingan mereka dijaga oleh para politikus. Hari ini kabel rahsia para pemilik bank ini telah mempengaruhi semua cabang pentabiran di Amerika. Hasilnya, media tidak pernah dan tidak akan melaporkan ke akar umbi secara radikal rancangan jahat para pemilik bank dan kaum pemodal ini.
Enam puluh tahun dahulu masih terdapat 86 buah syarikat media yang besar dalam dunia ini. Ketika itu, media cetak masih lagi bergerak bebas. Hari ini yang tinggal hanya enam buah syarikat - ViaCom, General Electric, Disney, NewsCorp, Times Warner dan CBS - yang memiliki pelbagai bentuk media. Syarikat-syarikat media ini pula dimiliki oleh para pemilik bank. Malah jika menyelidik dengan rapi, kita akan menemui bahawa modal-modal ini juga telah meresap masuk ke dalam industri media tempatan kita. Yang menyusun dan merancang semua ini adalah kabel-kabel rahsia seperti Freemason, Bohemian Grove, Bilderberg Group, Skull dan Bones – semuanya terpusat di bawah satu bumbung yang dikuasai oleh pemodal dan pemilik bank yang sedang merancang untuk memunculkan satu Order Baru Dunia. Di belakang semua ini, nama-nama seperti Rothschild, Rockefeller and Morgan.
Mereka ini berkumpul di bawah payung organisasi yang dipanggil Illuminati. Susuk-susuk yang kaya-raya ini tidak pernah muncul menunjukkan muka mereka. Kabel rahsia ini telah memunculkan muka-muka yang boleh dikenali oleh dunia seperti Henry Kissinger, Zbigniew Brzezinksi dan Lord Carrington. Mereka ini dianggap sebagai jurufikir yang berkumpul di bawah Council of Foreign Relation di Amerika dan Royal Institute of International Affairs di United Kingdom. Lembaga jurufikir seperti NGO ini akan menjemput malaon dari dunia ketiga yang bercita-cita untuk menjadi presiden atau perdana menteri. Tugas badan pemikir ini ialah mentafsir dan menilai malaon-malaon dari dunia ketiga ini. Penilaian bukan berdasarkan apa yang ada di antara dua telinga maloan-malaon ini tetapi sama ada mereka ini akan bersedia untuk menjadi barua yang setia untuk menjalankan dasar yang diperlukan oleh kabel rashia ini. Justeru, kita lihat apabila dasar penswastaan dianjurkan, maka semua malaon yang telah dilantik menjadi barua di dunia ketiga akan menjalankan dasar yang sama.
Apabila dasar globalisasi diperkenalkan, maka malaun-malonau ini seperti burung kakaktua akan turut bersuara. Jika ada malaun ini yang cuba melawan seperti Noriega dari Panama atau Saddam, maka dengan sekelip mata mereka akan dilupuskan. Jika malaun ini sudah selesai tugasnya seperti Suharto, Marcos, Lol Nol atau Zia ul Haq, mereka akan diketepikan untuk malaun yang baru naik. Semua ini dirancang. Tidak ada yang berlaku tanpa perancangan. Hari ini sebenarnya tidak ada masalah kecairan. Apa yang berlaku, peralihan harta dan wang ringgit warga dunia masuk ke tangan para pemilik bank ini. Dolar yang terkumpul hari ini melebihi 17 trilion dolar. Dolar, emas dan pelbagai mata wang ini tersimpan di 27 buah negara pulau yang memiliki bank pesisir pantai. Negara seperti Bermuda, Cook Islands, Switzerland, Luxumbourg, Cayman Island dan termasuk Labuan adalah tempat tersoroknya harta ini. Buat ketika ini, di sinilah harta kekayan dunia sedang bermastautin.
Dipetik dari Tranungkite.Net 16/6/09.
Berjumpa lagi dilain posting.

Subscribe to:
Comments (Atom)