Wednesday, April 29, 2009

New Epidemic??????

Assalamualaikum

Berjumpa lagi
Heboh satu dunia .... wabak selsema babi telah dikategorikan pada tahap 5 (tahap paling kritikal adalah 6). Tidak terkecuali dinegara kita .Pelbagai kenyataan dikeluarkan supaya rakyat tidak bimbang akan penularan wabak tersebut. Pintu-pintu masuk utama negara dikawal rapi dan disaring tahap kesihatan masing-masing. Pendek kata jangan bimbang.

TV tempatan pula menyiarkan kisah babi ini dengan lebih meluas. Ditayangkan bentuk-bentuk daging dan tulang serta bahagian lain. Agak meloyakan juga kerana sebelum ini kita tidak melihat gambar-gambar dari pasar jualan daging babi seperti ini ditayangkan.

Khabarnya nama penyakit ini tidak sesuai dinamakan sebagai selsema babi kerana mendatangkan kesan negatif kepada industri penternakan haiwan tersebut.Permintaan berkurang.Ini adalah disebabkan terdapat juga unsur genetik lain unggas dan manusia di dalam virus H1N1 yang menjadi penyebab kepada wabak tersebut. Jadi tidak ADIL kalau babi sahaja yang mendapat nama yang buruk. Apa agaknya nama yang sesuai nanti.....

Terkejut juga bila mengetahui banyak negara yang menjadikan penternakan babi sebagai satu industri...... Negara Mesir khabarnya memusnahkan semua ternakan yang ada di negara tersebut sebagai langkah kawalan.

Di Melaka BABI pernah menjadi isu nasional dan di Selangor menjadi isu politik...
Harga saham turut jatuh dikebanyakan bursa utama dunia..... begitulah hebatnya BABI


sekian dan berjumpa lagi

Tuesday, April 28, 2009

Sekadar mencuba...

Assalamualaikum,

Dalam kehidupan banyak perkara yang boleh dikongsi bersama dengan rakan-rakan. Pengalaman kehidupan masing-masing adalah berbeza. Pengalaman-pengalaman dan kisah suka duka kehidupan inilah yang ingin saya kongsi...... mungkin sebagai panduan atau renungan atau sekurang-kurangnya bahan untuk bercerita....

Jumpa lagi dilain posting